Nani murid yang sentiasa mengambil berat tentang pelajarannya. Pada masa yang sama dia mempunyai pelbagai hobi. Mengumpul setem adalah antara hobi yang paling digemarinya. Dia memiliki lima buah album setem yang disimpan di dalam almari yang berkunci. Setem-setem yang dikumpulkannya diperoleh daripada beberapa buah negara. Nani bertukar-tukar setem dengan kawan-kawan sekolahnya dan sahabat dari negeri-negeri di malaysia dan luar negara. Kini dia memiliki pelbagai setem dan mempunyai ramai kawan. Melalui hobinya Nani dapat mengetahui berbagai-bagai maklumat tentang negara luar seperti mata wang, kebudayaan, makanan dan pemimpin negara. Dia amat gembira kerana hobinya mendatangkan banyak faedah. Di samping itu dia dapat mengelakkan dirinya daripada terlibat dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat dan membuang masa.
Ayat dari teks yang mengandungi nilai
Ayat dari teks yang mengandungi nilai
҉ mementingkan pelajaran - mengambil berat tentang pelajarannya
҉ bijak memilih hobi - yang mendatang manfaat
҉ menjaga keselamatan harta benda - seperti Nani yang menyimpan setem yang dikumpulnya
di dalam almari yang berkunci
di dalam almari yang berkunci
҉ memelihara hubungan silaturahim dengan semua orang - yang mempunyai sahabat pena di
Malaysia dan luar negara
Malaysia dan luar negara
҉ bijak mengurus masa - mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah
Lima huraian untuk membuat ulasan nilai
Nilai Huraian
mementingkan pelajaran - dengan mengambil berat tentangnya
bijak memilih hobi - yang mendatangkan manfaat kepada kita
Lima huraian untuk membuat ulasan nilai
Nilai Huraian
mementingkan pelajaran - dengan mengambil berat tentangnya
bijak memilih hobi - yang mendatangkan manfaat kepada kita
menjaga keselamatan harta benda - Nani yang menyimpan stem yang dikumpulnya dalam
almari almari berkunci
memelihara hubungan silaturrahim - dengan kawan-kawan dalam dan luar negara
bijak mengurus masa lapang - dengan aktiviti yang berfaedah___________________________________________________
Lima pengajaran dalam petikan ialah sebagai murid sekolah, kita mesti mementingkan pelajaran dengan mengambil berat tentangnya . Selain itu, kita mesti bijak memilih hobi yang mendatangkan manfaat kepada kita. Seterusnya, kita juga mesti menjaga keselamatan harta benda seperti Nani yang menyimpan stem yang dikumpulnya dalam almari berkunci. Di samping itu kita juga harus memelihara hubungan silaturrahim dengan kawan-kawan dalam dan luar negara. Akhirnya, kita mesti bijak mengurus masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
3 ulasan:
saya lebih faham dari sebeluminin
ulasan untuk gambar x de?
cth gmbr : piramid mknn, lepas tu, dia suh kita bina ulasan, mcm mana tu?
adakah ianya sama spti ini? kene masukkan nilai2 macam ni juga ke?
Harrah's Casino Site | Lucky Club
Find all the details about Harrah's Casino in Louisiana including the sign up bonus, cashier, games, roulette luckyclub.live tables, promotions, games,
Catat Ulasan