Jumaat, 18 November 2011

Panduan Menjawab Bahan Rangsangan Bahagian C








Pengenalan
Calon diminta untuk membuat rumusan berdasarkan bahan yang diberikan dalam bahagian ini. Calon ada diberikan rangsangan atau situasi dalam bentuk petikan, puisi, rencana dan sebagainya. Calon diminta untuk membuat rumusan dalam lingkungan 50 perkataan.

Perkara yang perlu dicari daripada petikan ialah seperti Nilai Murni, Amalan Baik, Faedah dan juga Pengajaran daripada rangsangan atau situasi yang diberikan tadi.


 Langkah-langkah yang dicadangkan ialah:

  1.  Baca dan fahami kehendak atau arahan soalan
       -  Baca soalan dengan teliti dan fahami arahannya.
       -  Arahan meminta anda menulis beberapa nilai atau pengajaran
          berdasarkan petikan yang diberi.
       -  Jawapan itu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.

  2.  Mencatat nilai murni atau pengajaran
       -  Baca dan fahami kandungan petikan.
       -  Catat seberapa banyak nilai murni / pengajaran yang terdapat dalam
          petikan.
       -  Dicadangkan anda mencari dan mencatat sekurang-kurangnya lima nilai
          murni / pengajaran.
       -  Masa yang dicadangkan untuk mencari dan mencatat nilai murni ini
          sekitar lima minit.

  3.  Menulis ayat lengkap
       -  Berdasarkan nilai murni / pengajaran, tulis dan nyatakan keterangan lanjut
          tentang nilai murni / pengajaran dengan menggunakan ayat sendiri.
       -  Sebaiknya setiap nilai murni / pengajaran itu disertakan contoh.
       -  Hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
       -  Masa yang dicadangkan untuk mengarang ialah 10 minit.

  4.  Menyemak
       -  Setelah siap, baca dan pastikan ayat yang digunakan lengkap dan mengikut strukturnya.
       -  Semak juga aspek tatabahasanya.
       -  Masa yang dicadangkan untuk menyemak ialah 5 minit.



Tiada ulasan: