Jumaat, 18 November 2011

Cara Menjawab Bahasa Melayu Kertas 2 (Bahagian C)



Tulis 5 pengajaran/nilai yang kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.
_______________________________________________________

Hujan sangat lebat. Angin bertiup dengan kencang. Mak Mah amat risau. Pak Kasim cuba menenangkan  isteri dan anak-anaknya walaupun sebenarnya dia sendiri turut gelisah.
        Tiba-tiba kedengaran bunyi dentuman yang sangat kuat. Bahagian dapur rumahnya telah dihempap sebatang pokok kelapa. Pak Kasim dan isterinya menjerit kerana amat terkejut. Pak Kasim bertindak menyelamatkan anak dan isterinya dengan membawa mereka ke balai raya. Jiran-jiran Pak Kasim datang membantunya.
     Walaupun rumahnya rosak teruk, Pak Kasim tetap tabah. Ketua kampung telah mengadakan mesyuarat tergempar. Mereka bersetuju untuk membantu Pak kasim dan keluarganya. Penduduk kampung menghulurkan derma untuk meringankan beban yang ditanggung oleh Pak Kasim. Penduduk kampung bergotong royong membaiki rumah Pak Kasim.
     Pak Kasim bersyukur kerana terselamat dan mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung yang telah membantu keluarganya.


                  Ayat yang mengandungi nilai dari teks

  • ü  Tabah - menenangkan isteri dan anak-anaknya
  • ü Mementingkan keselamatan diri dan keluarga - bertindak menyelamatkan anak dan     isterinya
  • ü  Bersabar - tetap tabah.
  • ü  Bertanggungjawab - Ketua kampung telah mengadakan mesyuarat tergempar
  • ü  Prihatin - membantu Pak kasim
  • ü  Pemurah - menghulurkan derma untuk meringankan beban
  • ü  Bekerjasama - bergotong royong membaiki rumah Pak Kasim.
  • ü Menghargai jasa - mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung                                    
  •   Lima nilai dan huraian untuk membuat ulasan nilai 
  •  
  •   Nilai                                        Huraian
  • tabah -  bersikap tenang apabila menghadapi kesusahan
  • mementingkan keselamatan  - menyelamatkan anak dan isteri apabila ditimpa musibah
  • sabar - dengan musibah yang datang
  • bertanggung jawab - ketua kampung mengadakan mesyuarat bagi membantu mangsa ribut
  • prihatin dan pemurah - menghulurkan derma bagi membantu mangsa
Penanda wacana dan kata hubung yang boleh digunakan dalam membuat ulasan nilai murni :



    ***************************************************************

Antara nilai murni yang terdapat dalam petikan ialah kita mesti tabah dan bersikap tenang apabila menghadapi kesusahan. Selain itu, kita mesti mementingkan keselamatan diri dan keluarga dengan menyelamatkan anak dan isteri apabila ditimpa musibah. Seterusnya,  kita seharusnya bersabar  dengan musibah yang datang. Di samping itu, sikap bertanggungjawab patut ada pada ketua kampung dengan mengadakan mesyuarat bagi membantu mangsa ribut. Akhirnya, kita sewajarnya bersifat prihatin dan pemurah dengan menghulurkan derma kepada mangsa yang terlibat.






******************************************************

Tiada ulasan: