Jumaat, 18 November 2011

Contoh membuat ulasan (2 hingga 5 )

Contoh membuat ulasan (2)


Kisah Anak Desa      
                           
Tersebut kisah sebuah cerita,
Si anak desa pergi ke kota,
Di kota mengisi ilmu di dada,
Untuk bekalan hari muka,
Setelah penuh ilmu di dada,
Berpeluang bekerja di syarikat kereta,
Diberi gaji empat angka,
Alangkah gembira tidak terkata,
Orang tua tidak dilupa,
Selalu pulang menjenguk mereka,
Gembiralah orang tua tercinta,
Anak dapat membantu mereka,
Si anak terus gigih bekerja,
Dinaikkan pangkat menjadi ketua,
Rasa bersyukur tidak terkira,
Bersyukur kepada Tuhan Yang Esa,
Kini si anak sudah tua,
Hidup bahagia bersama keluarga,
Anaknya pula membalas jasa,
Berharap ketenangan terus bersama.

Ayat yang mengandungi nilai                 Nilai

~ mengisi ilmu di dada, untuk bekalan hari muka rajin
~ Alangkah gembira tidak terkata - bersyukur
~ Selalu pulang menjenguk mereka - menyayangi
~ Si anak terus gigih bekerja - tekun
~ Bersyukur kepada Tuhan Yang Esaberpegang  pada  ajaran agama

Nilai                                Huraian
~Rajin – belajar menambahkan  ilmu pengetahuan sebagai bekalan masa depan
~ Bersyukur – memperoleh rezeki yang banyak
~ Menyayangi – pada kedua ibu bapa dengan selalu pulang menjenguk dan
                     membantu mereka
~ Tekun – meningkatkan prestasi kerja
~ berpegang pada ajaran agama – bersyukur atas kurniaanNya.

**********************************************************

Antara nilai murni dari teks ialah kita mesti rajin belajar untuk menambahkan ilmu pengetahuan sebagai bekalan masa depan. Selain itu, kita perlu bersyukur apabila memperoleh rezeki yang banyak. Seterusnya, kita hendaklan menyayangi kedua ibu bapa kita dengan selalu menjenguk dan membantu mereka. Di samping itu, kita juga hendaklah bekerja dengan tekun untuk meningkatkan prestasi kerja. Akhirnya, kita hendaklah berpegang teguh pada ajaran agama dengan bersyukur atas kurniaanNya.


***********************************************************
                                          
***********************************************************

Contoh membuat ulasan   (3)

                                     
JELI, 28 Jun -  Seramai 15 orang murid Sekolah Kebangsaan  Jeli telah dihantar ke hospital Jeli kerana disyaki mengalami keracunan makanan. Kejadian berlaku jam 11.00 pagi setelah  murid-murid memakan nasi lemak di kantin sekolah. Kejadian ini disedari oleh guru yang bertugas, Cikgu Ahmad Ismail.
          “Ketika saya memantau keadaan kantin, tiba-tiba saya mendapati ramai murid yang muntah. Mereka memberitahu perut mereka terasa sakit. Saya melarang mereka daripada terus  memakan nasi lemak,” terang Cikgu Ahmad.
         Sementara itu, murid-murid yang disyaki mengalami keracunan makanan telah dibawa ke bilik kesihatan sekolah. Guru-guru membantu merawat mangsa sebelum dibawa ke hospital Jeli. Kantin diarahkan tutup serta merta. Pengusaha kantin akur lalu melakukan kerja-kerja membersihkan tempat memasak dan menyediakan makanan.

Ayat yang mengandungi nilai dari teks              Nilai

** mengalami keracunan makanan – menjaga kebersihan
** saya memantau keadaan kantin, tiba-tiba saya
     mendapati ramai murid yang muntah -  bertanggungjawab
** melarang mereka daripada terus  memakan nasi lemak - prihatin
** Guru-guru membantu merawat mangsa - bekerjasama
** akur lalu melakukan kerja-kerja membersihkan tempat - patuh
     memasak dan menyediakan makanan

Lima nilai untuk membuat ulasan      

            Nilai                                      Huraian

menjaga kebersihan -  agar tidak terkena keracunan
bertanggungjawab – mengawasi murid-murid yang makan di kantin untuk
                                   memastikan keadaan kantin terkawal
prihatin – melarang murid –murid lain memakan nasi lemak apabila melihat
                    ada murid yang termuntah
bekerjasama – guru membantu  merawat mangsa
patuh – menutup kantin dan segera membersihkan tempat penyediaan
                Makanan


                    *************************************************
                                     ********************************
Antara nilai murni yang terdapat dalam petikan ialah kita mesti menjaga kebersihan makanan agar tidak terkena keracunan. Sebagai seorang guru mesti bertanggungjawab mengawasi murid-murid yang makan di kantin bagi memastikan keadaan kantin terkawal.
Selain itu, guru juga perlu prihatin dengan melarang murid –murid lain memakan nasi lemak apabila melihat ada murid yang termuntah. Sikap bekerjasama juga perlu ada dalam membantu merawat mangsa keracunan. Akhirnya, pengusaha kantin perlu patuh pada arahan dengan menutup kantin dan segera membersihkan tempat penyediaan makanan.
********************************************************************
                  **************************************************


**************************************************************

           Contoh Membuat Ulasan  (4)                    


Siti   :    Saya meminta maaf kerana lewat melawat Dora. Nasib baik Hanif memberitahu
              tentang Dora, kalau tidak saya tidak tahu apa-apa yang berlaku.
Dora  :   Tak apa, Kamu sudi datang pun saya sudah rasa gembira. Terima kasih kerana
              sudi datang.
Siti    :   Bagaimana kemalangan itu boleh berlaku  ?
Dora  :   Saya terlupa menoleh kiri dan kanan semasa melintas jalan.  Semasa saya
              melintas jalan,sebuah motosikal yang dipandu laju telah melanggar saya,
              menyebabkan saya tercampak ke rumput.
Siti    :   Siapa yang menghantar kamu ke hospital ? 
Dora  :   Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut telah mengangkat saya, lalu  
             membawa  saya ke hospital dengan menggunakan kereta. 
Siti   :    Lain kali, kamu mestilah menoleh ke kiri dan kanan dahulu sebelum melintas jalan. 
             Semoga kejadian ini menjadi pengajaran kepada kamu. 

                                                                              
             Ayat yang mengandungi nilai/pengajaran              Nilai/pengajaran

   # meminta maaf kerana lewat melawat Dahlia   -   mengakui kesilapan
    # Hanif memberitahu tentang Dora  -   prihatin              
   # terima kasih kerana sudi  datang -   menghargai
   # terlupa menoleh kiri dan kanan semasa melintas jalan   -    berhati-hati
   # orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut telah   -   bertanggungjawab
       mengangkat saya, lalu membawa  saya ke hospital 
   # kamu mestilah menoleh ke kiri dan kanan dahulu sebelum  -   menasihati
       melintas jalan. 
    

              Lima nilai dan huraian untuk membuat ulasan
             
 *  prihatinmelawat kawan yang sakit setelah mendapat berita tentangnya.
 * menghargai - mengucapkan terima kasih kepada kawan yang sudi datang
 * berhati-hati - menoleh kiri dan kanan semasa melintas jalan
 * bertanggung jawab - membantu menyelamatkan mangsa kemalangan dengan
     menghantarnya ke hospital
 * menasihati - melintas jalan apabila keadaan benar-benar selamat

------------------------------------------------------------------------------------------
         --------------------------------------------------------------------------

Antara pengajaran yang terdapat dalam petikan ialah kita mesti prihatin dengan melawat kawan yang sakit apabila mendapat berita tentangnya. Seterusnya kita mesti menghargai kawan yang datang melawat dengan mengucapkan terima kasih. Selain itukita seharusnya berhati-hati dengan menoleh kiri dan kanan semasa melintas jalan. Di samping itu, sikap bertanggungjawab perlu ada pada anggota masyarakat dengan membantu  menyelamatkan mangsa  kemalangan dan menghantarnya ke hospital. Akhirnya, kita sewajarnya menasihati rakan kita agar melintas jalan apabila keadaan benar-benar selamat.

************************************************************
 ***********************************************************
                                            
**********************************************************************


Contoh membuat ulasan  ( 5 )


Azizan kasihan melihat Mak Bedah terketar-ketar membawa bakul berisi sayur. Dengan segera, dia menyapa Mak Bedah dengan melafazkan  ucapan salam.
Kemudian dia menawarkan diri untuk membantu Mak Bedah. Mak Bedah memberikan bakul tersebut kepada Azizan.
Setelah kenderaan agak lengang, barulah Azizan memimpin tangan Mak Bedah melintas jalan. Mak Bedah amat berterima kasih atas pertolongan Azizan itu. Mak Bedah menghulurkan wang RM 5.00 kepada Azizan. Walau bagaimanapun, Azizan menolaknya dengan sopan. Dia hanya mahu menolong Mak Bedah. Setelah Mak Bedah sampai di rumah, barulah Azizan meneruskan niatnya menziarahi rakannya yang sakit.

                  Ayat dari teks yang mengandungi nilai

» Bersimpati - kasihan melihat Mak Bedah
» bersopan santun - menyapa Mak Bedah dengan melafazkan ucapan salam.
» baik hati - menawarkan diri untuk membantu Mak Bedah
» tolong-menolong - memimpin tangan Mak Bedah melintas jalan
» menjaga keselamatan di jalan raya - kenderaan agak lengang,
» menghargai jasa - berterima kasih atas pertolongan Azizan itu. Mak Bedah menghulurkan wang RM 5.00
» ikhlas - memberi bantuan tanpa meminta apa-apa balasan.

Lima nilai yang diambil untuk membuat ulasan ialah:

    Nilai                                     Huraian 
  Bersimpati  - melihat orang tua yang tidak berdaya membawa barang berat
  bersopan santun  -  menyapanya dengan melafazkan ucapan salam
  baik hatimenawarkan diri untuk membantunya melintas jalan
  menjaga keselamatan di jalan raya - melintas jalan semasa kenderaan agak lengang
  menghargai jasa - mengucapkan terima kasih
 
________________
_______________________________________

Antara nilai murni yang terdapat dalam petikan ialah kita seharusnya bersimpati melihat orang tua yang tidak berdaya  membawa barang berat. Kita juga mestilah menyapanya dengan penuh sopan santun sambil melafazkan ucapan salam. Selain itu, kita mestilah bersifat baik hati  dengan menawarkan diri untuk membantunya melintas jalan. Seterusnya, kita hendaklah menjaga keselamatan diri semasa berada di jalan raya dengan melintas jalan semasa kenderaan agak lengang. Di samping itu kita juga perlu menghargai jasa orang yang menolong kita dengan mengucapkan terima kasih. 
                                                          

 
* sila klik di sini untuk rujukan selanjutnya.

Contoh membuat ulasan (1)

Nani murid yang sentiasa mengambil berat tentang pelajarannya. Pada masa yang sama dia mempunyai pelbagai hobi. Mengumpul setem adalah antara hobi yang paling digemarinya. Dia memiliki lima buah album setem yang disimpan di dalam almari yang berkunci. Setem-setem yang dikumpulkannya diperoleh daripada beberapa buah negara. Nani bertukar-tukar setem dengan kawan-kawan sekolahnya dan sahabat dari negeri-negeri di malaysia dan luar negara. Kini dia memiliki pelbagai setem dan mempunyai ramai kawan. Melalui hobinya Nani dapat mengetahui berbagai-bagai maklumat tentang negara luar seperti mata wang, kebudayaan, makanan dan pemimpin negara. Dia amat gembira kerana hobinya mendatangkan banyak faedah. Di samping itu dia dapat mengelakkan dirinya daripada terlibat dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat dan membuang masa.


                             Ayat dari teks yang mengandungi nilai
                                                    
҉ mementingkan pelajaran - mengambil berat tentang pelajarannya
҉ bijak memilih hobi - yang mendatang manfaat
҉ menjaga keselamatan harta benda - seperti Nani yang menyimpan setem yang dikumpulnya  
   di dalam almari yang berkunci
҉ memelihara hubungan silaturahim dengan semua orangyang mempunyai sahabat pena di 
   Malaysia dan luar negara
҉ bijak mengurus masa - mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah


      Lima huraian untuk membuat ulasan nilai

Nilai                                             Huraian

mementingkan pelajaran - dengan mengambil berat tentangnya
bijak memilih hobi - yang mendatangkan manfaat kepada kita
menjaga keselamatan harta benda - Nani yang menyimpan stem yang dikumpulnya dalam 
                                       almari almari berkunci 
memelihara hubungan silaturrahim - dengan kawan-kawan dalam dan luar negara
bijak mengurus masa lapang - dengan aktiviti yang berfaedah

___________________________________________________

Lima pengajaran  dalam petikan ialah sebagai murid sekolah, kita mesti mementingkan pelajaran  dengan mengambil berat tentangnya . Selain itu, kita mesti bijak memilih hobi yang mendatangkan manfaat kepada kita. Seterusnya, kita juga mesti menjaga keselamatan harta benda seperti Nani yang menyimpan stem yang dikumpulnya dalam almari berkunci. Di samping itu kita juga harus memelihara hubungan silaturrahim dengan kawan-kawan dalam dan luar negara. Akhirnya, kita mesti bijak mengurus masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.

Cara Menjawab Bahasa Melayu Kertas 2 (Bahagian C)



Tulis 5 pengajaran/nilai yang kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.
_______________________________________________________

Hujan sangat lebat. Angin bertiup dengan kencang. Mak Mah amat risau. Pak Kasim cuba menenangkan  isteri dan anak-anaknya walaupun sebenarnya dia sendiri turut gelisah.
        Tiba-tiba kedengaran bunyi dentuman yang sangat kuat. Bahagian dapur rumahnya telah dihempap sebatang pokok kelapa. Pak Kasim dan isterinya menjerit kerana amat terkejut. Pak Kasim bertindak menyelamatkan anak dan isterinya dengan membawa mereka ke balai raya. Jiran-jiran Pak Kasim datang membantunya.
     Walaupun rumahnya rosak teruk, Pak Kasim tetap tabah. Ketua kampung telah mengadakan mesyuarat tergempar. Mereka bersetuju untuk membantu Pak kasim dan keluarganya. Penduduk kampung menghulurkan derma untuk meringankan beban yang ditanggung oleh Pak Kasim. Penduduk kampung bergotong royong membaiki rumah Pak Kasim.
     Pak Kasim bersyukur kerana terselamat dan mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung yang telah membantu keluarganya.


                  Ayat yang mengandungi nilai dari teks

  • ü  Tabah - menenangkan isteri dan anak-anaknya
  • ü Mementingkan keselamatan diri dan keluarga - bertindak menyelamatkan anak dan     isterinya
  • ü  Bersabar - tetap tabah.
  • ü  Bertanggungjawab - Ketua kampung telah mengadakan mesyuarat tergempar
  • ü  Prihatin - membantu Pak kasim
  • ü  Pemurah - menghulurkan derma untuk meringankan beban
  • ü  Bekerjasama - bergotong royong membaiki rumah Pak Kasim.
  • ü Menghargai jasa - mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung                                    
  •   Lima nilai dan huraian untuk membuat ulasan nilai 
  •  
  •   Nilai                                        Huraian
  • tabah -  bersikap tenang apabila menghadapi kesusahan
  • mementingkan keselamatan  - menyelamatkan anak dan isteri apabila ditimpa musibah
  • sabar - dengan musibah yang datang
  • bertanggung jawab - ketua kampung mengadakan mesyuarat bagi membantu mangsa ribut
  • prihatin dan pemurah - menghulurkan derma bagi membantu mangsa
Penanda wacana dan kata hubung yang boleh digunakan dalam membuat ulasan nilai murni :



    ***************************************************************

Antara nilai murni yang terdapat dalam petikan ialah kita mesti tabah dan bersikap tenang apabila menghadapi kesusahan. Selain itu, kita mesti mementingkan keselamatan diri dan keluarga dengan menyelamatkan anak dan isteri apabila ditimpa musibah. Seterusnya,  kita seharusnya bersabar  dengan musibah yang datang. Di samping itu, sikap bertanggungjawab patut ada pada ketua kampung dengan mengadakan mesyuarat bagi membantu mangsa ribut. Akhirnya, kita sewajarnya bersifat prihatin dan pemurah dengan menghulurkan derma kepada mangsa yang terlibat.






******************************************************