Sabtu, 3 Disember 2011

Contoh-contoh Soalan Latihan


Latihan 1
Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Duduk termenung di atas batu,
Batu besar di tepi sawah;
Jika hidup saling bantu membantu,
Kerja susah menjadi mudah.

Pergi kedai membeli peria,
Kedai terletak di tepi kota;
Jika mahu hidup bahagia,
Saling hormat antara kita.

Dari skudai pergi Masai,
Pergi bersama abang long;
Kerja berat segera selesai,
Jika kita tolong menolong.

Sedap rasanya buah melaka,
Makan bersama anak nyonya;
Seandainya mahu orang suka,
Sopan santun itulah kuncinya.

Pergi ke kedai membeli tuna,
Tuna dimasak cili api;
Orang susah jangan dihina,
Berilah sumbangan sebagai bakti.


  
Latihan 2
Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan.
Tulis dalam satu perenggan.

Noni merupakan anak sulung dalam keluarganya. Dia seorang kakak yang baik hati dan penyayang. Dia sering membimbing dan mengasuh adik-adiknya. Noni juga sangat rajin membantu ibu dan ayahnya dirumah. Apabila ibunya memasak, Noni akan menjaga adiknya yang masih kecil. Adik-adiknya sangat manja dengan Noni. Dia juga ringan tulang membantu adik-adiknya menyiapkan kerja sekolah.
          Di sekolah, Noni sangat disenangi oleh rakan-rakannya kerana sikapnya yang baik hati dan peramah. Bukan sahaja pintar tetapi Noni juga seorang yang suka membersihkan kelasnya bersama-sama rakannya. Kelas empat Bestari sentiasa ceria dan bersih. Noni juga amat gemar belajar secara berkumpulan. Mereka berbincang dan menyelesaikan masalah pembelajaran bersama-sama. Noni dan kawan-kawanya mempunyai azam yang tinggi untuk memperoleh kejayaan cemerlang dalam pelajaran. Mereka lah yang bakal mengharumkan nama sekolah.

~ klik di sini untuk lebih banyak soalan.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Αt this moment Ι am going aωay tо do my breaκfaѕt, afteг hаving my breaκfast coming again to гeaԁ other neωs.
Also visit my web site :: Seoserviceplans.Org

Tanpa Nama berkata...

Ρrettу sеction of content.
Ӏ just stumbleԁ upοn yοur website аnd in accessiоn cаpital to assert that I aсquiгe аctually еnjоyed
account your blog pοsts. Any way I'll be subscribing to your feeds and even I achievement you access consistently quickly.
My web site - auto auction

Tanpa Nama berkata...

Wow, incгedible blоg layout! Ηow long have you been blogging for?
you maκе blogging look eаѕy.
The ονeгаll lοok οf
your site is wonderful, let alone the сontent!
Here is my website ; Pet

Tanpa Nama berkata...

Write more, thats all Ι have to say. Litеrаlly, it
ѕeеms аs though you rеlіed оn the viԁeo to makе your
рoint. You obviouѕly know what youre talking about, why throw awаy your intelligеncе on
just posting videos to your site when уou сould
be giving us something infoгmative to reaԁ?
Here is my blog post - extra money

Tanpa Nama berkata...

Heyа i'm for the primary time here. I found this board and I to find It really helpful & it helped me out much. I'm hoping to offег ѕοmething again аnd aid οtheгs like you aided me.
My web site : Sok Z Noni