Jumaat, 2 Disember 2011

Latihan Pengukuhan (Praktis 1)

Praktis 1

Jawab soalan di bawah sebelum anda membuat ulasan.
1. Gariskan ayat ayat yang mengandungi nilai / pengajaran.
2. Apakah nilai yang terdapat pada ayat yang kamu gariskan ? Nyatakan.
3. Berikan huraian kepada nilai yang kamu nyatakan.
4. Tulis lima  pengajaran yang kamu perolehi daripada petikan di atas. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Janet tiba-tiba mengadu perutnya sakit. Sebelum kejadian lebih buruk berlaku Siti segera ke bilik guru. Apabila tiba di bilik guru, Siti menerangkan kepada Cikgu Nazibah keadaan  Janet. Cikgu Nazibah segera  masuk ke kelas.
           "Pagi tadi kamu bersarapan?" tanya Cikgu Nazibah. Janet menggeleng.
           "Mungkin perut kamu masuk angin. Mari ikut saya ke kantin."
           Mereka ke kantin sekolah. setelah memakan mi dan minum air, keadaan tubuh Janet segar semula. Janet mengucapkan terima kasih kepada Siti dan Cikgu nazibah atas pertolongan yang diberikan.

Nilai
1. Bertindak pantas
2. Bertanggungjawab
3. Prihatin
4. Menjaga kesihatan diri
5. Menghargai jasa



Huraian

1. Kita mesti bertindak pantas apabila berlaku kecemasan seperti kawan sakit.
2. Kita seharusnya bertanggung jawab memberitahu guru keadaan kawan  kita yang
    sakit.
3. Guru pastinya akan prihatin dan bertanya khabar keadaan muridnya.
4. Kita sewajarnya menjaga kesihatan diri dengan bersarapan sebelum ke sekolah.
5. Kita semestinya menghargai jasa orang yang menolong kita dengan mengucapkan
    terima kasih.


Ulasan

    Antara nilai murni yang terdapat dalam petikan ialah ....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Tiada ulasan: