Ahad, 11 Disember 2011

Santai


Jom kita rehatkan minda seketika



 




                                                 






Isnin, 5 Disember 2011

Bicara Hati

                                                                        



                               

 
                                                  Saat kejayaan ditagih
                                          Usaha itu menjadi taruhannya


                                                 Saat kejayaan diharapkan
                                           Konsentrasi itu menjadi ukurannya 


                                                 Saat kejayaan diimpikan
                                     Angan-angan itu menjadi perangsangnya


                                                 Saat kejayaan didambakan
                                         PadaNya saja disandarkan segalanya


                                                 Semoga kejayaan itu bisa dimiliki 
                                                        Suatu masa nanti.




          

                                
                                                                             

Janji guru
Hidup seorang guru sungguh bahagia
Terkenang jasa diluput tidak
Tapi pena orang luar
Bila berbicara soal guru
Aku menjawab tenang

Orang kata guru itu payah
Siang pergi malam kerja
Aku kata guru itu mudah
Siang bergaji malam bahagia
Pagi tak pernah rugi
Malam tidurpun selesa

Orang kata guru itu penat
Gaji tak seberapa kerja berlambak
Aku kata guru itu rehat
Walau gaji tak seberapa tapi penuh berkat
Kerja banyak pahala penuh sendat
Ilmu yang dicurah tak dapat disekat
Makin dicurah makin mendekat

Orang kata guru itu sungguh bosan
Setiap tahun muka sama setiap bulan
Aku kata guru itu sungguh riang
Sekali berkata murid ketawa girang
Bila berjaya murid terus menjulang
Jasa bakti tak pernah hilang

Orang kata guru itu sepi
Dihumban ke dalam hutan seperti tiada penghuni
Lebih-lebih lagi di pedalaman berkereta api
Aku kata guru itu "happy"
Jasa bakti dipercayai
Masuk ke dalam hutan untuk berbakti
Pada bangsa anak pertiwi
Agak kelak menabur bakti
Setelah keluar dari IPT

Orang kata guru itu susah
Orang berkereta mewah berbatunya rumah
Masih meminta agar dipindah, tak pernah kena
Aku kata guru itu senang
Kereta tak mewah tak banyak bayar hutang
Rumah sederhana berhati tenang
Tidur lena pencuri tak datang
Tak dapat pindah bukan penghalang
Menerus hidup seorang pejuang

Orang kata apa boleh dikata
Kalau hati sudah dimahkota
Janji guru janji dikota
Aku berkata itulah guru sungguh bertakhta
Jangan takut bila dikata
Janji kita harus dikota
Luput tidak diingat dikata.
    



 

Sabtu, 3 Disember 2011

Contoh-contoh Soalan Latihan


Latihan 1
Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Duduk termenung di atas batu,
Batu besar di tepi sawah;
Jika hidup saling bantu membantu,
Kerja susah menjadi mudah.

Pergi kedai membeli peria,
Kedai terletak di tepi kota;
Jika mahu hidup bahagia,
Saling hormat antara kita.

Dari skudai pergi Masai,
Pergi bersama abang long;
Kerja berat segera selesai,
Jika kita tolong menolong.

Sedap rasanya buah melaka,
Makan bersama anak nyonya;
Seandainya mahu orang suka,
Sopan santun itulah kuncinya.

Pergi ke kedai membeli tuna,
Tuna dimasak cili api;
Orang susah jangan dihina,
Berilah sumbangan sebagai bakti.


  
Latihan 2
Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan.
Tulis dalam satu perenggan.

Noni merupakan anak sulung dalam keluarganya. Dia seorang kakak yang baik hati dan penyayang. Dia sering membimbing dan mengasuh adik-adiknya. Noni juga sangat rajin membantu ibu dan ayahnya dirumah. Apabila ibunya memasak, Noni akan menjaga adiknya yang masih kecil. Adik-adiknya sangat manja dengan Noni. Dia juga ringan tulang membantu adik-adiknya menyiapkan kerja sekolah.
          Di sekolah, Noni sangat disenangi oleh rakan-rakannya kerana sikapnya yang baik hati dan peramah. Bukan sahaja pintar tetapi Noni juga seorang yang suka membersihkan kelasnya bersama-sama rakannya. Kelas empat Bestari sentiasa ceria dan bersih. Noni juga amat gemar belajar secara berkumpulan. Mereka berbincang dan menyelesaikan masalah pembelajaran bersama-sama. Noni dan kawan-kawanya mempunyai azam yang tinggi untuk memperoleh kejayaan cemerlang dalam pelajaran. Mereka lah yang bakal mengharumkan nama sekolah.

~ klik di sini untuk lebih banyak soalan.

Panduan Cara mudah membuat ulasan


Jom kita saksikan  panduan cara mudah membuat ULASAN 
                                
                                                                                

Cara mudah membuat ulasan



Ayuh kita sama-sama saksikan cara mudah membuat ulasan 






Jumaat, 2 Disember 2011

Latihan Pengukuhan (Praktis 1)

Praktis 1

Jawab soalan di bawah sebelum anda membuat ulasan.
1. Gariskan ayat ayat yang mengandungi nilai / pengajaran.
2. Apakah nilai yang terdapat pada ayat yang kamu gariskan ? Nyatakan.
3. Berikan huraian kepada nilai yang kamu nyatakan.
4. Tulis lima  pengajaran yang kamu perolehi daripada petikan di atas. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Janet tiba-tiba mengadu perutnya sakit. Sebelum kejadian lebih buruk berlaku Siti segera ke bilik guru. Apabila tiba di bilik guru, Siti menerangkan kepada Cikgu Nazibah keadaan  Janet. Cikgu Nazibah segera  masuk ke kelas.
           "Pagi tadi kamu bersarapan?" tanya Cikgu Nazibah. Janet menggeleng.
           "Mungkin perut kamu masuk angin. Mari ikut saya ke kantin."
           Mereka ke kantin sekolah. setelah memakan mi dan minum air, keadaan tubuh Janet segar semula. Janet mengucapkan terima kasih kepada Siti dan Cikgu nazibah atas pertolongan yang diberikan.

Nilai
1. Bertindak pantas
2. Bertanggungjawab
3. Prihatin
4. Menjaga kesihatan diri
5. Menghargai jasa



Huraian

1. Kita mesti bertindak pantas apabila berlaku kecemasan seperti kawan sakit.
2. Kita seharusnya bertanggung jawab memberitahu guru keadaan kawan  kita yang
    sakit.
3. Guru pastinya akan prihatin dan bertanya khabar keadaan muridnya.
4. Kita sewajarnya menjaga kesihatan diri dengan bersarapan sebelum ke sekolah.
5. Kita semestinya menghargai jasa orang yang menolong kita dengan mengucapkan
    terima kasih.


Ulasan

    Antara nilai murni yang terdapat dalam petikan ialah ....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Latihan pengukuhan praktis 2 hingga 5

Praktis 2                             

Semasa kakak pergi bekerja, adik telah masuk ke bilik kakak dan bermain-main di situ. Sedang asyik bermain, tiba-tiba adik ternampak sebuah cenderamata kakak yang diperbuat daripada kaca. Cenderamata itu ialah pemberian kawan kakak yang baru pulang dari luar negeri.
          Saya telah melarang adik supaya tidak bermain-main dengan cenderamata itu tetapi adik tidak mengendahkannya. Tiba-tiba cenderamata itu terlepas dari tangan adik dan terhempas di lantai lalu pecah berderai. Emak memarahi adik.
          Sebelah petang, kakak pulang dari tempat kerja. Kakak sungguh sedih apabila mengetahui cenderamata kesayangannya telah pecah. Adik meminta maaf dan berjanji tidak akan mengusik barang-barang kakak lagi.

Jawab soalan di bawah.

(1) Apakah nilai-nilai yang terdapat dalam teks ?

Nilai

Ø  minta izin
Ø  mendengar nasihat
Ø  berhati-hati
Ø  mengakui kesilapan
Ø  insaf dan berjanji


(2) Tulis ulasan nilai / pengajaran  berpandukan isi yang telah dibincangkan .Pastikan anda menggunakan penanda wacana dalam membuat ulasan. Tulis dalam satu perenggan sahaja.

Antara pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas ialah………………
…………………………………………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………………………………….


******************************************************************************
                   ********************************************************


Praktis 3                  

Ketika  berjalan ke sekolah untuk menghadiri latihan sukan, aku terjumpa sebuah dompet. Aku membuka dompet itu untuk mengetahui siapa pemiliknya. Di dalam dompet itu terdapat wang yang banyak dan dokumen penting. Aku berfikir sejenak sambil melihat sekeliling sekiranya ada orang yang sedang mencari-cari dompetnya.
          Tiba-tiba rakanku datang dan aku memberitahunya tentang dompet tersebut. Dia menyuruh aku mengambil sahaja dompet itu. Aku tidak berani untuk berbuat demikian. Aku teringat akan pesanan ibu bapaku agar tidak mengambil barang kepunyaan orang lain.
Aku membuat keputusan untuk menyerahkan dompet tersebut kepada guru bertugas, iaitu Cik Rani. Beliau telah membawa aku berjumpa dengan guru besar. Guru besar memuji tindakan yang telah aku lakukan.

Jawab soalan di bawah.

(1) Apakah nilai-nilai yang terdapat dalam teks ?

Nilai

Ø  Jujur
Ø  Berpendirian teguh
Ø  Patuh
Ø  Bertanggungjawab
Ø  Menghargai


(2) Tulis ulasan nilai / pengajaran  berpandukan isi yang telah dibincangkan. Pastikan anda menggunakan penanda wacana dalam membuat ulasan. Tulis dalam satu perenggan sahaja.

Antara nilai murni yang terdapat dalam petikan ialah……………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………….

****************************************************************
            ************************************************** 



Praktis 4  

Sang Semut sering keluar mencari makanan untuk kumpulannya. Sang semut bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas yang diberikan.
          Pada suatu hari, ketika Sang Semut asyik mencari makanan, Sang semut telah terjatuh ke dalam sungai. Sang Semut dihanyutkan air dan hampir lemas.
          Sang Merbuk yang melihat kejadian itu segera menjatuhkan sehelai daun agar sang semut dapat berpaut. Sang Semut Berjaya menyelamatkan dirinya dengan bantuan Sang merbuk.
          Pada suatu petang, Sang Semut terlihat seorang pemburu sedang mengacukan senapang ke arah Sang Merbuk. Sang Semut segera menggigit kaki pemburu itu. Pemburu itu terkejut lalu tembakannya tersasar.Sang Merbuk segera terbang untuk menyelamatkan diri. Sang merbuk mengucapkan terima kasih kepada Sang semut.
          Sejak peristiwa itu Sang Merbuk dan Sang semut berkawan baik.

Jawab soalan di bawah.

(1) Apakah pengajaran yang terdapat dalam teks ?

Pengajaran

# rajin
# berhati-hati
# membantu
# membalas budi
# menghargai

(2) Tuliskan huraian berdasarkan nilai- nilai yang dinyatakan.

Huraian 

Ø  Kita mesti rajin bekerja dan melaksanakan amanah yang diberi kepada
Ø  Semasa bekerja, kita mestilah berhati-hati agar tidak ditimpa musibah
Ø  Kita seharusnya membantu rakan kita yang berada dalam kesusahan.
Ø  Kita sewajarnya membalas budi orang yang pernah membantu kita apabila dia ditimpa musibah
Ø  Kita mesti menghargai jasa orang yang menolong kita dengan mengucapkan terima kasih.

   (3) Tulis ulasan nilai / pengajaran  berpandukan isi yang telah dibincangkan. Pastikan anda menggunakan penanda wacana dalam membuat ulasan. Tulis dalam satu perenggan sahaja.


Antara nilai murni yang terdapat dalam petikan ialah…………………………………….
……………………………………………………………………………………………………Selain itu…………………….
……………………………………………………………………………………………………………………Seterusnya..
………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Di samping itu………………………………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………………………Akhirnya……….
………………………………………………………………………………………………………………………………………….


*********************************************************************
             *****************************************************

                          Kita rehat sekejap. Jom saksikan video di bawah :)






                      ***********************************************************
****************************************************************************

PRAKTIS  5                                                                        

Sekolahku                        

Walau sibuk walau genting,
   Usah dilupa bertegur sapa;
Pelajaran di kelas amatlah penting,
   Membaca buku jangan dilupa.

Sayur dimasak gadis rupawan,
   Dihidang bersama kuih serimuka;
Mestilah pandai memilih kawan,
   Agar terjamin hari muka.

Kota Melaka telah roboh,
   Angkara penjajah penghisap darah;
Bersukan dapat menyihatkan tubuh,
   Badan sihat belajarpun mudah.

Lakukan kerja tanpa merintih,
   Rela berkorban masa dan wang;
Kelas perlu sentiasa bersih,
   Debu dan kekotoran perlu dibuang.

Pahlawan Badang bertubuh sasa,
   Ditakuti musuh dan rakan;
Sayangilah sekolah sepanjang masa,
   Patuhi peraturan yang ditetapkan.




Jawab soalan di bawah.

(1) Apakah nilai-nilai yang terdapat dalam teks ?

1.  Rajin
2. Bijak
3. Menjaga kesihatan
4. Menjaga kebersihan
5. Sayang dan patuh

(2) Tuliskan huraian berdasarkan nilai- nilai yang dinyatakan.

1.  Sebagai murid sekolah kita mesti tekun  belajar  dan  rajin membaca buku.
2.  Kita juga mesti bijak memilih kawan yang baik demi masa depan yang cemerlang
3.  Kita seharusnya menjaga kesihatan diri  dengan bersukan agar badan kita cergas dan otak menjadi cerdas.
4.  Kebersihan kelas haruslah kita jaga supaya dapat belajar dalam keadaan yang selesa.
5.  Kita mesti menyayangi dan mematuhi  semua peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

(3) Tulis ulasan nilai / pengajaran  berpandukan isi yang telah dibincangkan. Pastikan anda menggunakan penanda wacana dalam membuat ulasan. Tulis dalam satu perenggan sahaja.


Antara nilai murni yang terdapat dalam petikan ialah…………………………………….
……………………………………………………………………………………………………Selain itu…………………….
……………………………………………………………………………………………………………………Seterusnya..
………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Di samping itu………………………………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………………………Akhirnya……….
………………………………………………………………………………………………………………………………………….



                                                     

* sila klik di sini untuk panduan lanjut